Queens Hotel Chitose
Queens Hotel Chitose terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen JR Chitose. Ia juga mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Perkhidmatan shuttle percuma dan simpanan bagasi turut disediakan. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata, penghawa dingin, mesin kopi dan peti sejuk. WiFi percuma disediakan di seluruh hotel. Tetamu boleh berehat di tempat mandi awam yang besar selepas seharian menerokai tarikan-tarikan yang berhampiran. Tempat mandi awam lelaki termasuk sauna. Terdapat perkhidmatan menekan seluar percuma. Perkhidmatan dobi dengan wang syiling tersedia di tingkat 2 dengan bayaran tambahan. Parking peribadi percuma disediakan di lokasi. Sarapan gaya Barat dan Jepun disediakan dengan bayaran tambahan. Terdapat juga sebuah bar gaya Jepun di tingkat bawah di mana tetamu boleh menikmati citarasa Jepun dan Asia. Lokasi ini strategik untuk menerokai tarikan-tarikan yang berdekatan seperti Chitose Salmon Aquarium, hanya sejauh 5 minit memandu dari hotel. Kawasan-kawasan terkenal lain termasuk Chitose Outlet Mall Rera dan The North Country Golf Club terletak hanya 10 minit pemanduan dari hotel ini. Lapangan Terbang New Chitose berjarak 8 minit perjalanan menaiki kereta api JR Rapid Airport.
Pasangan terutamanya suka lokasi ini — mereka memberi skor 8.0 bagi lawatan untuk dua orang.
Jarak dalam deskripsi penginapan dikira menggunakan © OpenStreetMap
Kemudahan paling popular
- Parking percuma
- Bilik bebas rokok
- WiFi percuma
- Bilik keluarga
- Pusat spa dan kesihatan
- Restoran
- Mesen membuat teh/kopi di semua bilik
Reviu tetamu
Kategori:
Perkara digemari tetamu yang telah menginap di sini

Singapura
United Kingdom
Singapura
Taiwan
Singapura
Australia
Australia
Filipina
Australia
AustraliaPersekitaran hotel
Restoran
- Jenis masakanAsia
- Dibuka untukSarapan • Makan malam
Info lanjut
Polisi kanak-kanak
Kanak-kanak semua peringkat usia dialu-alukan.
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas akan dikenakan caj dewasa di tempat penginapan ini.
Untuk lihat harga dan maklumat penghunian yang tepat, sila sertakan bilangan kanak-kanak dalam kumpulan anda dan umur mereka pada carian anda.
Polisi katil bayi dan katil tambahan
Katil bayi dan katil tambahan tidak tersedia di penginapan ini.






Maklumat lanjut
Perkhidmatan menghantar percuma dari hotel ke Lapangan Terbang New Chitose tersedia setiap 30 minit setiap hari antara jam 06:30 dan 10:30 pagi. Harap maklum bahawa perkhidmatan menjemput percuma dari lapangan terbang tidak disediakan oleh hotel ini.
Sila beritahu Queens Hotel Chitose terlebih dahulu mengenai anggaran waktu ketibaan anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan kotak Permintaan Khas semasa membuat tempahan. Anda juga boleh menghubungi tempat penginapan dengan maklumat hubungan yang telah tertera di pengesahan anda.
Tetamu dengan tatu mungkin tidak akan dibenarkan untuk menggunakan kawasan mandi awam di tempat penginapan atau kemudahan lain di mana tatu dapat dilihat oleh tetamu lain.
Sekiranya berlaku keberangkatan awal, pihak penginapan akan mengenakan jumlah penuh penginapan kepada anda.
Walaupun tempat penginapan ini menawarkan penginapan tempoh panjang yang melebihi sebulan, Booking.com bukan menawarkan sewaan kepada tetamu. Sewajarnya, semua tetamu yang menyertai tawaran ini tidak akan mempunyai sebarang hak atau kepentingan sebagai penyewa bagi tempat penginapan yang ditawarkan, namun masih tertakluk pada terma dan syarat yang terpakai bagi penginapan hotel.
Sebagai respons kepada Coronavirus (COVID-19), langkah keselamatan dan sanitasi tambahan sedang dilakukan di penginapan ini.
Mengikut garis panduan pihak kerajaan untuk mengurangkan penularan Coronavirus (COVID-19), penginapan ini boleh meminta dokumentasi tambahan daripada tetamu untuk mengesahkan identiti, itinerari pelancongan dan maklumat relevan yang lain, semasa tarikh di mana garis panduan berkuat kuasa.
Disebabkan Coronavirus (COVID-19), penginapan ini mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ketat.
Tidak dibenarkan untuk menginap di tempat penginapan ini atas tujuan kuarantin Coronavirus (COVID-19).